PEMBANGUNAN USAHAWAN TERNAKAN IKAN
KERAPU HARIMAU DALAM SANGKAR
Industri ternakan ikan marin dalam sangkar pada masa ini sangat bergantung kepada pekerja asing. Syarat pengambilan pekerja asing oleh KDN memerlukan pengusaha sangkar memililiki Lesen Pendudukan Sementara (TOL). Memandangkan kelulusan TOL oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu lama dan biasanya melebihi dua tahun, maka kebanyakan pengusaha sangkar bergantung kepada pekerja asing tanpa permit kerja yang sah. Mereka terpaksa berdepan dengan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan sebagainya.
Walaupun telah ramai graduan yang dilahirkan dalam bidang akuakultur oleh IPTA tempatan dan banyak kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dalam bidang ini namun masih kurang peglibatan usahawan dan pekerja tempatan. Kursus yang dihadiri mungkin lebih kearah memberi pendedahan dan kurang unsur-unsur peningkatan kemahiran dan pembudayaan kerja di sangkar.
Bagi menggalakkan usahawan dan pekerja tempatan khususnya bumiputera terlibat dalam industri ternakan ikan marin dalam sangkar, Syarikat Warisan Kuah Enterprise, Langkawi telah menganjurkan latihan sangkut kepada 11 orang peserta di sangkar milik Syarikat di Sungai Menghulu, Kuah, Langkawi. Latihan ini dijalankan di kemudahan sangkar yang mempunyai 50 unit sangkar berukuran 6 meter x 3 meter. Latihan dikendalikan oleh Pegawai Penyelidik Kanan En. Che Utama bin Che Musa dari FRI Pulau Sayak. Pada masa latihan dijalankan terdapat kira-kira 30 unit sangkar distok dengan ikan kerapu harimau yang berumur dari 3 bulan hingga 6 bulan. Latihan ini menekankan aspek amali (hands-on) selama 4 minggu. Pelatih didedahkan kepada beberapa aspek pengurusan sangkar yang penting seperti penstokkan dan penggredan ikan, penyediaan dan pemberian makanan, penukaran dan pembersihan pukat, pencegahan dan perawatan penyakit ikan dan sebagainya.
|
Kemudahan penginapan berhampiran laut |
|
Kemudahan penginapan dapat menampung 10 orang pelatih |
|
Bilik tidur yang selesa |
|
Ruang penyimpanan ikan beku dan pembersihan |
|
Bilik air dan tandas yang sesuai. | |
|
Ruangan membersih, memeriksa dan menyimpan pukat. |
|
Menaiki bot dari jeti ke sangkar |
|
Menukar Pukat |
|
Membuang teritip pada pemberat pukat. |
|
Memandikan ikan dengan air tawar |
|
Membuang parasit yang melekat pada badan ikan |
|
Membuat rawatan luka pada ikan |
|
Memberi makan ikan |
|
Membuang teritip pada pelampung sangkar. |