MEMBINA JUTAWAN KERAPU
Ikan kerapu telah dikenalpasti sebagai satu dari lima jenis ikan marin paling berpotensi untuk tujuan pembangunan ternakan dibawah Rangkakerja Pembangunan Akuakultur dalam Rancangan Malaysia Kesembilan RMK-9. Ikan kerapu harimau Epinephelus fuscoguttatus adalah salah satu daripada spesies ikan kerapu yang paling banyak diternak di Malaysia . Kebanyakan ikan kerapu harimau diternak didalam sangkar di muara-muara sungai dan lain-lain kawasan pantai yang terlindung. Ternakan sangkar telah dimulakan di Negara ini pada awal tahun tujuh puluhan untuk membekalkan sumber makanan kepada rakyat dan yang lebih penting untuk menjana pendapatan. Petunjuk ekonomi menunjukkan ternakan ikan kerapu harimau dalam sangkar dapat memberikan pulangan keatas pelaburan yang paling tinggi berbanding ikan marin lain. Berdasarkan maklumat prestasi, kos input dan harga pasaran semasa, hasil jualan RM 1 juta boleh dicapai dengan menggunakan 50 unit sangkar bersaiz 6m x 3m x 3m selepas tempoh ternakan selama 12 hingga 14 bulan. Ternakan ikan kerapu harimau didalam kolam menggunakan sistem sangkar merupakan kaedah ternakan yang baru diperkenalkan bagi meningkatkan pengeluaran ikan kerapu harimau yang mencapai kualiti yang boleh diterima oleh pasaran Hong Kong .
Sangkar Tradisional |
Sistem Sangkar Dalam Kolam |
Dianggarkan lebih 95% dari ikan kerapu harimau yang dihasilkan di eksport secara hidup ke Hong Kong yang merupakan pasaran ikan hidup terbesar di rantau Asia Pasifik. Kebanyakan ikan-ikan ini diangkut ke Hong Kong menggunakan bot (well boat) dan sebahagian kecil menggunakan kotak styrofoam yang dihantar melalui udara. Setiap bot boleh membawa sebanyak 15 tan hingga 30 tan ikan bergantung kepada saiz bot. Satu kaedah alternatif untuk mengangkut ikan kerapu harimau dari Malaysia ke Hong Kong yang baru diperkenalkan buat pertama kali adalah menggunakan Bin Pengangkut Ikan Hidup (Life Seafood Transport Bin, LSTB) melalui kapal terbang. Kaedah ini lebih cepat dan selamat serta kuantiti minima setiap bin adalah kecil iaitu 300 kg.
Kapal (Well Boat) |
Bin Pengangkut Ikan Hidup (LSTB) |
Bekalan benih ikan kerapu harimau yang mencukupi masih menjadi masaalah. Bilangan hatceri di Malaysia adalah kurang dan prestasi hatceri ikan kerapu masih rendah. Bagi mengatasi masaalah ini, bekalan benih kebanyakannya diimport dari negara jiran, Indonesia. Pengeluaran benih yang tinggi berbanding dengan jumlah pengusaha sangkar ternakan dan jarak perjalanan yang dekat menjadikan Indonesia lebih diminati berbanding dengan negara pengeksport benih yang lain seperti Taiwan.
Beberapa faktor pembangunan teknologi dan diadunkan dengan perancangan pembangunan usahawan yang berkesan akan menjadikan ikan kerapu harimau keluaran Malaysia lebih kompetitif di pasaran Hong Kong. Ini akan memberikan impak yang besar keatas peningkatan pendapatan pengusaha ternakan ikan kerapu harimau di Malaysia dan seterusnya menenuhi hasrat kerajaan untuk mengujudkan rakyat berpendapatan tinggi.
No comments:
Post a Comment